KMKK digesa terus sokong GPS

SERIAN: Institusi Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) perlu dilindungi dan tidak dicemari dengan budaya yang negatif.

Menteri Pendidikan,Sains dan Penyelidikan Teknologi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Datuk Amar Michael Manyin Jawong (gambar) berkata,kepimpinan KMKK di Serian khususnya perlu terus menyokong perjuangan dan perancangan kepimpinan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurutnya, usaha itu adalah bagi memastikan Bahagian Serian berubah wajah sebagai ‘must stop town’ di kalangan rakyat di negeri ini.

“Bagi merealisasikan impian ini, semua pihak harus berganding bahu tanpa mengira kaum untuk memastikan bandar Serian terus membangun.

“Saya juga memuji komitmen semua KMKK yang selama ini telah memberi sokongan kepada kepimpinan saya serta wakil rakyat lain khasnya di Bahagian Serian.

Penghormatan yang telah diberikan itu adalah penghormatan kepada semua masyarakat di Bidayuh di Sarawak,”katanya dalam satu majlis
kesyukuran di sini.

Sementara itu, beliau memberitahu, semua KMKK perlu mempunyai integriti yang yang tinggi supaya dipercayai serta dihormati oleh masyarakat akar umbi.

Oleh NUR AIN OTSMAN