Rundingan Empangan Nil disambung semula

ADDIS ABABA: Selepas hampir sebulan tertangguh,rundingan tiga hala antara Ethiopia, Sudan dan Mesir berhubung isu Grand Ethiopia Renaissance Dam (GERD) di Sungai Nil disambung semula pada Ahad, lapor
Agensi Anadolu.

Dalam kenyataan media dikeluarkan selepas mesyuarat secara maya itu, Kementerian Luar Ethiopia berkata pihaknya bersetuju dengan dokumen yang dikemukakan pakar Kesatuan Afrika (AU). Sudan juga bersetuju sementara Mesir ‘menolak’.

Menurut kenyataan itu lagi, beberapa masalah yang tertangguh selama ini sudah dapat diselesaikan,hanya isu penggunaan Ethiopia di perairan Sungai Nil masih tertangguh.

Sejak Jun tahun lalu ketiga-tiga negara telah mengadakan perbincangan, AU bertindak sebagai perantara, selepas rundingan Washington yang diterajui Amerika Syarikat dan Bank Dunia menemui jalan buntu.

Perbincangan terbaru melibatkan menteri luar negeri dan menteri air dari
ketiga negara, serta pakar yang ditugaskan oleh badan pan-Afrika, menurut
Menteri Jurutera Air, Pengairan dan Tenaga Ethiopia, Seleshi Bekele, menerusi akaun Twitternya.

“Pembinaan GERD kini sudah mencapai 78 peratus,” katanya. Beliau berkata, perbincangan tertumpu mengenai peraturan dan garis panduan
pengisian pertama dan operasi tahunan empangan.

Mesir membantah GERD sejak pembinaannya dimulakan pada 2011, kerana skim hidro akan mengurangkan aliran air di hilir.

Ethiopia berpendapat empangan itu sangat penting untuk mengatasi kekurangan elektrik yang serius di negara ini.

Ethiopia juga merancang untuk mengeksport lebih 6,000 megawatt elektrik
yang akan dihasilkan. Kerjakerja menguji dua turbin akan dilakukan sekitar pertengahan tahun ini.

Rundingan terbaru itu diadakan di tengah ketegangan sempadan antara
Ethiopia dan Sudan setelah tentera Sudan melintasi wilayah Ethiopia sejak dua minggu lalu. – Bernama