Sambal Toktok nikmatnya tidak terhingga

SAMBAL toktok sedap dimakan bersama timun segar dan ayam goreng,terpulang dengan
cita rasa masing-masing untuk menikmati hidangan sambal toktok dengan lauk pilihan.

BAGI penggemar sambal toktok,sudah pasti tahu betapa nikmatnya makan sambal ini.

Sambal toktok ada banyak versi dan dikatakan popular dalam kalangan masyarakat Jawa.

Ada yang letak belacan dan ada pula yang hanya gunakan ikan bilis.

Terpulang kepada cita rasa masing-masing.Sambal ini ditumbuk kasar sahaja dan semestinya ditumbuk guna lesung batu.

Cara membuatnya cukup mudah,dan rasanya sangat sedap,rasa rangup ikan bilis dan pedas sambal memang membuka selera bagi mereka yang gemar makanan pedas.

SAMBAL PEMBUKA SELERA

Kalau anda tiada selera makan,masak sahaja sambal toktok ini.

Makan dengan nasi panas begitu sahaja pun sudah cukup berselera.

Penggemar sambal, Nur Astilah Hussin, 45, berkata, sambal toktok antara juadah yang mudah disediakan dan enak dinikmati bersama nasi putih, ulam-ulaman dan lauk kegemaran.

“Tanpa lauk pauk lain, sambal ini tetap sedap dan mampu membuka selera, lebih-lebih lagi jika padanan hidangan itu masih panas.

“Pasti, akan membuatkan kita ingin menambah beberapa kali,”
katanya.

BAHAN-BAHAN

Nur Astilah berkata, bahan-bahan membuat sambal toktok ini sangat ringkas saja dan mudah didapati.

Katanya, ia boleh buat lebih sebagai stok dan simpan dalam peti sejuk.

“Bahan-bahannya ialah ikan bilis, cili padi, bawang putih dan bawang merah.

“Bahan-bahan yang digunakan mengikut kuantiti yang diperlukan,kalau nak buat lebih tambah kuantiti bahan tersebut.

“Kalau nak rasa pedasnya pula,terpulanglah kepada cita rasa masing-masing. Jika suka rasa pedas lebihkan sedikit cili,” katanya.

Katanya, untuk bahan sampingan lain, boleh juga yang mencampurkan
petai, belimbing buluh dan sebagainya.

CARA MEMASAK

Menurut Nur, sambal toktok sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan waktu lama.

“Cara-cara memasaknya ialah goreng ikan bilis dengan api sederhana sehingga garing. Selepas itu, goreng pula cili, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris kasar sehingga layu,”katanya.

Selesai digoreng, katanya, kemudian tumbuk kesemua bahanbahan
tersebut dan masukkan garam secukup rasa dan boleh juga letak sedikit gula, terpulang cita rasa masing-masing.

“Akhir sekali, perahkan limau kasturi dan gaul rata.”Siap untuk dihidangkan,”ujarnya.

Oleh LIONG CHAI LING