Jom perangi dadah bersama Skuad AADK

SEBAHAGIAN daripada aktiviti Skuad AADK pada tahun 2020.

TIGA puluh lapan tahun selepas kerajaan mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara, ternyata masalah dadah masih lagi membelenggu masyarakat negara ini seolah-olah tiada penghujungnya.

Pelbagai langkah yang diperkenalkan bagi menangani perma- salahan ini ternyata belum mampu mengekang sepenuhnya pengedaran dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

Kes tangkapan pengedar dan penya- lahguna dadah atau rampasan dadah di mana-mana di negara ini membuktikan ‘perniagaan’ dan ketagihan terhadap dadah masih menjadi mimpi ngeri untuk negara.

Namun ini tidak bermakna kera- jaan telah gagal atau masyarakat telah berputus asa untuk terus memerangi wabak yang diwujudkan oleh manusia untuk manusia ini. Usaha demi usaha terus dilancarkan bagi Selain penguatkuasaan, peranan ahli komuniti melalui aktiviti kesukarelaan juga diperkukuhkan dan diwujudkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memantapkan lagi kempen antidadah di negara ini.

Salah satu daripadanya adalah Skuad Antidadah yang diwujudkan untuk menyemarakkan gelombang kesukarelaan dalam pencegahan dadah secara bersepadu.

Ia berfungsi sebagai penganjur aktiviti berfokus untuk mengurangkan faktor risiko dan mengingkatkan faktor pelindung berdasarkan profiling dan peniliaan situasi setempat, selain menjadi penghubung sumber dalam komuniti berkaitan masalah dadah, substan dan pelancongan sosial.

Antara lain objektif skuad ini adalah untuk menyebar kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, memberi sokongan awal kepada indivdu yang menghadapi masalah dadah dan sosial serta mempromosi gaya hidup tanpa da- dah dalam kalangan masyarakat.

Pengisian aktiviti dilaksanakan oleh ahli yang mempunyai kepakaran dan bakat, manakala aktiviti menjurus kepada kumpulan sasar yang berisiko tinggi.

Justeru, sukarelawan akan menjurus di dalam bidang yang dekat di hati mereka untuk turut serta di dalam beberapa skuad seperti Skuad Aktif (sukan, bakat), Skuad Prihatin (pendidikan, latihan, temu seru), Skuad Rohani (aktiviti ke- agamaan), Skuad K.A.M.I (Kempen Antidadah Melalui Informasti) dan Skuad Korporat (keusahawanan).

Bagi AADK Bahagian Kuching, jawatankuasa Skuad AADK bagi sesi 2021-2023 baharu sahaja di- lantik. Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada pada Syahfizul Md. Shah (Pengerusi), Mohamad Aminuddin Othman (Timbalan Pengerusi), Adzahar Zaidel (Setiausaha), Nur Zuleikha Zakaria (Bendahari).

Sementara itu, ahli jawatan- kuasa tertingginya pula terdiri da- ripada Acheh Ali, Fahzmie Abdul Rahman, Osmand Abdullah, Abang AADKMohamad Yusof Abang Ismuni dan Pierina Mechtilde Griffin.

Shayfizul di dalam ucapan pertamanya melahirkan harapan agar tahun baharu ini memberi sema- ngat baharu kepada semua ahli jawatankuasa untuk menjalankan perancangan kerja tahun 2021 dengan lancar dan berkesan.

“Saya mengharapkan semangat kerjasama yang erat sesama anggota Skuad AADK Kuching dan bersama-sama menjayakan program serta menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat tanpa mengira waktu,” ujarnya.

Beliau juga berharap sebahagian pencapaian lepas AADK akan dijadikan panduan bagi terus mara dengan lebih yakin dan cemerlang, berbekalkan nilai teras seperti nprofesionalisme, integriti, tegas dan prihatin.

Dalam pada itu, pendaf- taran keahlian bagi Skuad Antidadah Kuching bagi tahun 2021 telah dibuka dan mereka yang berminat adalah di- alu-alukan untuk mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan Antidadah Daerah Kuching.

Untuk berbuat demikian, permohonan boleh dibuat secara atas tali- an di di https://skuad.adk.gov.my.