Turun padang pantau projek rakyat

LAWATAN KERJA… Datuk Jaul Samion melakukan tinjauan pelaksanaan projek Marudi Waterfront.

MARUDI: Set iausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Jaul Samion mengadakan lawatan ke Marudi semalam untuk meninjau pelaksanaan dua projek rakyat iaitu projek pelaksanaan jambatan Marudi dan projek Marudi Waterfront.

Katanya, bagi projek pembinaan jambatan Marudi terganggu sedikit selepas mengalami beberapa isu tapak dan juga mengenai kontraktor yang terlibat.

Sekarang projek pembinaan jambatan berjalan lancar selepas sub kontraktor baharu dilantik dan berharap projek ini dilaksanakan dengan baik selepas beberapa gangguan sebelum ini.

“Isu tanah sudah selesai dan isu kontraktor ke atas projek berkenaan pun sudah selesai,” katanya,kepada Utusan Sarawak.

Sementara itu, tegasnya, projek pelaksanaan Marudi Waterfront juga terganggu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lepas.

“Kita berharap pihak kontraktor yang bertanggungjawab ke atas pembinaan projek ini dapat melakukan ‘catch up plan’ supaya tidak lagi terlewat.

“Sekarang projek ini berjalan lancar dan isu-isu teknikal tidak lagi timbul dan kita sedang menunggu prestasi pihak kontraktor untuk meneruskan projek ini,”katanya.

Menurut Jaul projek pembinaan Marudi Waterfront yang sudah terlewat empat peratus dijangka siap penghujung Mac 2021.

Menyentuh stesen minyak yang masih belum dipindahkan lagi, beliau berharap stesen minyak berkenaan harus dipindahkan untuk memudahkan pihak kontraktor mempercepatkan kerja mereka.

“Kerja-kerja tidak dapat dijalankan jika stesen minyak ini belum dipindahkan dan saya berharap selepas ini pelaksanaan Marudi Waterfront tidak lagi terganggu dan projek ini akan berjalan lancar,”harapan Jaul.

Harapan kita adalah untuk melihat supaya projek ini dapat disiapkan mengikut jadual untuk digunakan rakyat.

“Projek ini dibina adalah untuk rakyat, untuk memberi keselesaan kepada orang ramai untuk mengadakan aktiviti mereka dan untuk pelancong berkunjung ke bandar Marudi,” katanya.

Tegasya, Marudi Waterfront untuk memberi keselesaan kepada penduduk bandar Marudi dan orang ramai yang berkunjung ke Marudi semasa regata Baram dan beliau berharap dengan siapnya projek ini akan dapat menjadi daya tarikan kepada orang luar datang ke Marudi dan berharap penduduk Marudi menerima mereka dengan baik dan selesa.

Turut hadir Pemangku Residen Bahagian Miri, Abdul Aziz Mohd Yusuf, Setiausaha Majlis Daerah Marudi Puan Lolita Jaime Nicholas,Pegawai Daerah Marudi,Mackos Sibong dan yang lain.

Oleh JIKU JUGUONG