Sokong GPS demi pembangunan

SERAH… Datuk Julaihi Narawi pada Majlis Penutupan Program Sukaneka Wanita PBB Cawangan Sebuyau di Dewan Pembangunan Sebuyau baru-baru ini.

SEBUYAU: Pengundi di negeri Sarawak digesa agar terus mengekalkan sokongan kepada Kerajaan Gabungan Parti (GPS) dalam memacu pembangunan untuk rakyat keseluruhannya.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, hak rakyat sentiasa dipertahankan dan diutamakan oleh kepimpinan kerajaan GPS.

“Kestabilan politik, keamanan dan keharmonian antara pelbagai kaum sentiasa dipastikan oleh GPS yang diterajui Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,”katanya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu lagi, masyarakat jangan mudah percaya dengan janji manis pihak yang tidak
sepatutnya dalam pilihan raya negeri nanti.

“Apa yang penting , kita mahu agar perancangan yang telah dirancang GPS tercapai untuk pembangunan dan kemajuan rakyat di kawasan ini,”jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Sukaneka Wanita Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Cawangan Sebuyau di Dewan Pembangunan Sebuyau baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau yang merupakan Presiden PBB memberitahu, pergerakan wanita adalah merupakan antara tulang belakang kepada
kekuatan GPS dan PBB amnya.

“Justeru, seluruh jentera PBB harus terus bekerja keras agar GPS dapat menang dengan majoriti besar kelak,” tegasnya.

Oleh ‘AINI ‘AFIFAH HAFIZ