Titi belian ‘hadiah’ tahun baharu

SUDAH SIAP… Titi belian di Kampung Sungai Kut Muara yang siap pada penghujung tahun lalu.

DALAT: Penduduk di Kampung Sungai Kut Muara dekat sini menyatakan kelegaan apabila sebuah jalan titi belian telah siap pada petengahan Disember tahun lepas.

Projek dilaksanakan dibawah Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Ahli Dewan Undangan Negeri Dalat, Dato’Sri Fatimah Abdullah berkenaan dianggapkan sebagai ‘hadiah’ tahun baharu bagi penduduk yang terlibat.

Pengerusi Pembangun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kut Muara , Kaunselor David Ulis, justeru menganggap ia sebagai tepat pada masanya.

“Ia adalah peruntukan bina baharu jalan titi menjuju ke perumahan Kampung Kut Hulu dari Kut Bazaar di MRP ADUN merangkap Menteri Kebajikan,Kesejahteraan Komuniti,Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato’ Sri Fatimah Abdullah.

“Dan ia siap tepat pada masanya kerana musim tengkujuh ini kawasan sini boleh dinaiki air,” ujarnya.

Menurut beliau lagi jalan titi sepanjang 212 meter dengn kos RM115,000 itu telah dibina oleh JKKK Kampung Sungai Kut Muara itu sendiri.

“Pembinaan projek ini bermula pada 14 November dan siap sepenuhnya pada 19 Disember lalu.

Ia adalah merupakan jalan pintas atau short cut kepada jalan konkrit yang telah dibina sebelum ini.

Dan projek ini akan memafaakan seramai 100 penduduk di kawasan tersebut,”katanya.

Dan beliau mewakili penduduk setempat mengucapkan terima kasih kepada Fatimah dan Kerajaan Sarawak atas projek yang cukup bermakna berkenaan.

Oleh HENRY B SIYU