363 TERPAKSA DIPINDAHKAN

SELAMATKAN BARANG… Penduduk kampung, Mohamad Fatihi,40, (depan) dibantu oleh rakannya kelihatan menggunakan sampan untuk memindahkan barangan elektrik ketika tinjauan di Kampung Rantau Panjang di Batu Kawa semalam. Kawasan tersebut merupakan antara beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir di Kuching susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. • Foto BERNAMA

KUCHING: Hujan lebat yang turun sejak semalam mengakibatkan beberapa kawasan di Kuching dinaiki air dan penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada pukul 11.20 dan 11.14 malam (12 Januari) dan menggerakan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba telah melakukan operasi pemindahan mangsa yang terjejas akibat daripada banjir dari rumah mangsa ke tempat yang lebih selamat.

“Satakat pukul 4.00 petang semalam terdapat enam Pusat Pemindahan Sementera (PPS) telah dibuka untuk menempatkan mangsa bencana banjir di negeri ini.

“Di Zon Kuching empat PPS telah dibuka manakala di zon Samarahan (1), dan zon Miri (1) PPS.

Katanya, setakat semalam sebanyak 363 mangsa banjir daripada 140 keluarga ditempatkan di PPS. Sementara itu, di bahagian Serian dan Miri masing terdapat satu (1) Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

“Kini terdapat empat lokasi terjejas banjir yang telah dikenal pasti iaitu Kampung Sinar Budi, Kampung Dewa Wira, Kampung Bintawa dan Taman Malihah,” ujarnya.

Oleh JEAKQLEYN YACHO