Smart Reader anjur pengucapan awam

TAHNIAH… Zawir Wafri dari Smart Reader Kids Tabuan Jaya Baru 2 antara 30 pemenang terbaik di seluruh negara.

KUCHING: Penyedia program prasekolah, Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd mengadakan pertandingan pengucapan awam atas talian untuk pelajarnya di seluruh negara.

Pertandingan ini dijalankan bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2020 baru-baru ini dengan tema ‘Diriku, Harapanku, Masa Depanku,’ yang memberi peluang kepada pelajar prasekolah berumur 4 hingga 6 tahun untuk mengekspresikan pandangan masa depan mereka secara santai.

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Keefe Ong, pertandingan ini mendapat sambutan luar biasa daripada pelajar di seluruh negara dengan 30 penyertaan dalam bentuk video berdurasi 3 minit berjaya disenarai pendek.

“Ia amat mengagumkan apabila melihat dan mendengar kreativiti dan kepintaran anak-anak kecil bercakap dan pada pengamatan yang luas, ia akan memberi inspirasi kepada para pelajar yang akan menjadi pemimpin di masa hadapan.

“Kita mempunya 300 cawangan pusat ini di seluruh Malaysia yang mana semua pelajar diajar untuk menjadi cemerlang bukan sahaja dalam akademik, malah dalam kemahiran yang bukan akademik seperti komunikasi, perkembangan sosial dan emosi,” katanya.

Tambahnya, pertandingan dan aktiviti sebegini akan membolehkan kanak-kanak untuk mempamerkan kebolehan dan mengekspresikan diri dengan yakin selain mendorong mereka untuk berkomunikasi secara aktif.

Pemenang utama pertandingan ini ialah adik Zawir Wafri Zufar Yadi yang berusia enam tahun dari Smart Reader Kids Tabuan Jaya Baru, Kuching yang mempunyai visi untuk bumi yang lebih bersih tanpa pencemaran.

 Zawir menetapkan cita-citanya untuk menjadi seorang saintis agar dia dapat menyumbang ke arah pemulihan bumi.

Tadika Smart Reader Kids kini menawarkan potongan sebanyak 30 peratus untuk yuran sekolah selama tiga bulan kepada semua anak-anak barisan hadapan swasta dan kerajaan yang mana ibu bapa juga berpeluang untuk memenangi hadiah dengan nilai keseluruhan lebih dari RM100,000 sempena ulang tahun ke-20.

Peraduan ini terbuka kepada semua ibu bapa dari 1 September 2020 hingga 20 Januari 2021 dengan terma dan syarat.

Maklumat lanjut program Smart Reader Kids, orang  ramai boleh mengunjungi mana-mana pusat di seluruh negara atau boleh hubungi ke talian 082-232555 (Kuching) atau SmartLine di 1300 885 555 atau menerusi laman sesawang di www.smartreader.edu.my atau halaman Facebook dan Instagram di smart reader worldwide.