846 peserta terima anak pokok durian

PESERTA penanam pokok durian sedang melihat anak pokok durian yang bakal mereka tanam.

BAU: Seramai 846 peserta penanam pokok durian di kawasan Tasik Biru menerima bantuan anak pokok durian dan input pertanian daripada kerajaan Sarawak melalui Jabatan Pertanian Daerah Bau pada Rabu.

Sebanyak 36 kampung terlibat dalam penerimaan bantuan itu iaitu dari 14 kampung dari kawasan Singai, sembilan kampung dari kawasan Jagoi, enam kampung dari kawasan Bratak dan tujuh kampung dari kawasan lain.

Bantuan input pertanian itu adalah dari program di bawah Program Dana Kemudahan Pertanian (AFF) yang menyasarkan penduduk kampung yang berminat untuk menanam pokok durian dan mempunyai tanah bagi tanaman tersebut.

Antara kampung serta jumlah penduduk yang terlibat menerima bantuan tersebut adalah Kampung Apar (49), Kampung Barieng (55), Kampung Segong (85), Kampung Bobak (19), Kampung Daun Ngori (62), Kampung Daun (82), Kampung Senibong (32), Kampung Tanjong Bowang (53), Kampung Tanjong Poting (54), Kampung Atas (22), Kampung Sudoh (37), Badul (11), Mikaguan (8), Tabong (23), Kampung Sri’ieng (3), Kampung Bogag (89), Kampung Duyoh (16), Kampung Jagoi Pinomu (5), Kampung Serikin (13), Kampung Serasot (14), Plaman Bu’ow (18), Kampung Sebobok (1), Kampung Skibang (3), Kampung Suba Buan (31), Kampung Suba Bandar (1), Kampung Suba Bau (8), Kampung Grogo (10), Nowang (16), Kampung Sibuluh (15), Kampung Skiat Baru (3), Sebuku (2), Jalan Taiton (1), Kampung Sungai Pinang (1), Bau Lama (1), Seringgok (1) dan Jambusan (2).

Oleh NUR AIN OTSMAN