Bahang ‘serangan’ Covid-19

RATUSAN penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di bandar Tripoli semalam kerana tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi yang makin merosot. -Foto AFP

TRIPOLI: Ratusan penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di bandar Tripoli semalam kerana tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi yang makin merosot, sehingga mencetuskan pertempuran dengan pasukan keselamatan di saat penularan wabak Covid-19.

Lelaki, wanita dan kanak-kanak turun ke jalanan dengan melaungkan ‘revolusi, revolusi’ menuju ke Bangunan Parlimen, bagaimanapun berjaya dihalang oleh tentera sehingga mencetuskan ‘pertempuran’.

Beberapa penunjuk perasaan melemparkan batu, bagaimanapun tentera menembak ke udara untuk cuba menyuraikan keadaan di kawasan Al-Nour Square.

Sementara itu, Agensi Berita Nasional melaporkan bahagian hadapan bank dirosakkan dan menurut tentera, terdapat beberapa bank dibakar manakala bom molotov dilempar ke arah kenderaan tentera.

Dalam satu kenyataan selepas tengah malam, tentera meminta supaya ‘penunjuk perasaan bersurai’ dan mengosongkan jalan.

Menurut pasukan Palang Merah, pihaknya membawa tiga orang ke hospital, dan merawat yang lain di tempat kejadian.

Lubnan menghadapi krisis ekonomi terburuk sejak perang saudara 1975-1990, yang kini diburukkan lagi oleh perintah berkurung di seluruh negara dalam usaha membendung penyebaran pandemik Covid-19.

Mata wang negara itu pula susut lebih daripada separuh nilainya.

Keadaan ekonomi meruncing Ini berlaku di seluruh negara, tetapi Tripoli paling teruk terkesan kerana lebih daripada separuh penduduknya tinggal di bawah garis kemiskinan.

Ketika tunjuk perasaan besar-besaran meletus di Lebanon pada Oktober terhadap yang dirasakan sebagai rasuah dan salah tadbir urus rasmi, Tripoli pantas dikenali sebagai bandar ‘gerakan jalanan’.

Di bandar selatan Sidon pula, penunjuk perasaan melemparkan batu dan mercun ke arah di ibu pejabat bank pusat. – AFP