Bunga keladi punca rezeki

PELBAGAI jenis pokok keladi menjadi tanaman pilihan suri rumah masa kini.

POKOK keladi salah satu tanaman yang dulunya tidak memiliki nilai keistimewaan, justseru saat ini bunga keladi yang memiliki pelbagai warna menjadi salah satu tanaman primadona dan mendapat tempat di hati peminat terutama kaum wanita.

Mereka sanggup membeli meskipun dengan harga yang tinggi untuk dijadikan tanaman hias baik di dalam mahupun luar ruangan.

Warna dan bentuk daunnya yang unik dan bervarisasi membuat jenis tanaman ini disukai oleh para pecinta tanaman hias sebagai dekorasi rumah dan tanaman.

Tinjauan Utusan Sarawak di tamu di sini ramai peniaga mulai meminatinya dan menjual pelbagai jenis tanaman ini dan lebih menumpu memberi ruang perniagaan pokok keladi kerana harganya memberangsangkan.

Hasil temubual dengan salah seorang penjual bunga keladi yang enggan namanya didedahkan, beliau mula menjual pokok keladi sejak penularan pandemik Covid-19.

“Saya tidak sangka dengan menjual tanaman ini mendapat sambutan menggalakan malah mendapat keuntungan yang memberangsangkan,” katanya.

Menjual pokok keladi lebih baik daripada menjual sayur-sayuran kerana harga yang tinggi iaitu sehingga mencecah ratusan ringgit.

Peniaga tersebut berasal dari Long Pilah Ulu Baram menjualnya, paling tinggi RM250 sepokok dan serendah tidak kurang RM50 mengikut saiznya.

Katanya beliau mendapat pokok keladi ini dari hutan Ulu Baran dan tidak menduga pokok keladi sebagai tanaman yang mendapat tempat dihati peminatnya terutama kaum ibu.

“Memang menguntungkan meskipun tanaman spesies tanaman ini dilihat tanaman biasa tetapi nilainya tinggi,” kata penjual tersebut.

Oleh JIKU JUGUONG