Lelaki ditemui meninggal di bilik sewa

MENYEDIHKAN … Lokasi mayat mangsa ditemui.

CONNIE CHIENG

KUCHING: Seorang lelaki yang tinggal sendiri di sebuah rumah sewa di Jalan Song dijumpai mati di dalam bilik air dalam keadaan busuk petang kelmarin.

Ngoe Siew Yong, 51 tahun, dilaporkan tidak membalas jawab tuan rumah tersebut selama beberapa hari.

Menurut jiran, mangsa yang berasal dari Miri berpangkalan di Kuching menjual sayur-sayuran. Laporan polis dibuat setelah jiran tercium bau busuk yang datang dari rumah sewa tersebut.

Menurut laporan yang belum disahkan, salah seorang jiran mangsa mendapati anjing belaan mangsa, seekor German Shepherd telah mati di pekarangan rumah sejak beberapa hari yang lepas.

Pihak polis dan pegawai-pegawai kesihatan memasuki rumah sewa berkenaan  dan terjumpa mayat di dalam setelah pemilik rumah berkenaan datang untuk membukanya.

Pegawai kesihatan dari hospital melakukan proses nyahcemar di rumah sewa tersebut manakala pihak polis melakukan siasatan.

Mayat di bawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan polis menklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut. Punca kematian masih belum lagi pasti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *