Covid-19 ragut 4 nyawa di Sarawak

CONNIE CHIENG

KUCHING: Seorang lagi meninggal dunia pada petang semalam pada kira-kira jam 1.16 petang di Hospital Umum Sarawak (HUS) yang menambah jumlah kematian di Sarawak kepada empat orang.

Mangsa dari Kuching adalah ahli keluarga kepada seorang wanita berusia 79 tahun dan anak perempuannya berusia 40 tahun, yang meninggal dunia minggu lalu.

Kedua-duanya berasal dari Kuching.

Ibunya meninggal dunia di pusat perubatan swasta di sini pada jam 2.00 pagi 18 Mac lalu.

Manakala anak perempuannya meninggal dunia di HUS pada 21 Mac lalu.

Kes terbaharu ini menjadi kes kematian akibat Covid-19 ke-4 di Sarawak.

Menurut statistik pada Ahad, 76 orang telah diuji positif Covid-19.

MANGSA KEEMPAT … Mayat mangsa Covid-19 yang dibawa ke rumah mayat.