Persiapan PPV dipantau rapi

PANTAU… Barisan agensi yang terlibat dalam persiapan pemberian vaksin Covid-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Daerah Kecil Niah dan Majlis Daerah Subis.

NIAH: Dewan Masyarakat Se- pupok Niah dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dipantau rapi bagi melancarkan proses suntikan Covid-19 pada April ini.

Utusan Sarawak difahamkan satu tinjauan khas telah dilakukan baru-baru ini oleh pihak Pe- jabat Daerah Subis melalui pe- gawai dari Pejabat Daerah Kecil Niah.

Sehubungan itu, pantauan persiapan rapi ini ialah untuk kelancaran menjelang hari pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada orang awam di sekitar Niah.

Hadir sesi pemantauan itu ialah Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Niah Fazly dan Ketua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dr. Kiew Lee Boon dalam urusan untuk memastikan setiap keperluan dan kemudahan yang diperlukan teratur serta berjalan dengan lancar.

Antara agensi yang terlibat dalam persiapan ini ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Daerah Kecil Niah dan Majlis Daerah Subis.

Oleh ADUM LIU