Tuchel rasai kekalahan pertama di EPL

IMBAS… Penjaga gol West Bromwich Albion, Sam Johnston (kiri) menyelamatkan percubaan penyerang Chelsea, Timo Werner (dua, kiri) semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London. • Foto AFP

PERMULAAN tenang Thomas Tuchel sebagai pengurus Chelsea terhenti ketika West Bromwich Albion menjadi pasukan pelawat pertama menjaringkan lima gol di Stamford Bridge dalam tempoh 10 tahun Sabtu lepas.

Tindak balas pantas diperlukan dalam perlawanan pertama daripada dua pertemuan peringkat suku akhir Liga Juara-Juara UEFA menentang Porto di Seville kerana sekatan perjalanan Covid-19 antara Portugal dan England.

Walaupun dengan tindakan cemerlang kelab dari Portugal menyingkirkan Juventus di pusingan kedua, apa-apa selain daripada melangkah ke separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, Chelsea sejak 2014 akan dilihat sebagai kekecewaan besar.

Keputusan yang memberangsangkan telah menutup beberapa kehampaan yang menyebabkan Lampard dipecat dan masih belum dapat diselesaikan.

Hakim Ziyech, Timo Werner dan Kai Havertz digabungkan dengan sebahagian besar perbelanjaan 220 juta pound dalam pasaran perpindahan musim panas lalu, tetapi ketiga-tiga mereka masih belum dapat memenuhi kehendak kelab.

Tuchel telah memanfaatkan kekuatan Chelsea secara mendalam dengan menggilirkan skuad beliau  secara konsisten, terutama di bahagian serangan.

Tetapi kekurangan gol telah menjadi masalah yang berterusan, dengan The Blues hanya menjaringkan 13 gol dalam 11 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris mereka.

Kekurangan prestasi Werner menjadi faktor utama.

Pemain antarabangsa Jerman itu hanya menjaringkan satu gol dalam 18 perlawanan terakhirnya untuk kelab dan negara dan keyakinannya yang rapuh semakin ketara apabila terlepas peluang terbuka dalam kekalahan mengejutkan kepada Macedonia Utara dalam kelayakan Piala Dunia minggu lalu.

Masanya telah tiba untuk Tuchel membuat beberapa keputusan besar jika dia mahu melangkah setapak lagi daripada musim lalu ketika dia membimbing Paris Saint-Germain ke final Liga Juara-Juara.

Bukan untuk kali pertama dalam kariernya di Chelsea, Olivier Giroud mungkin dibawa masuk semula  oleh pengurus yang memerlukan setelah diketepikan.

Tendangan gunting Giroud menjadi perbezaan perlawanan pertama pusingan keuda Chelsea menentang Atletico Madrid, tetapi pemain dari Perancis itu tidak bermain dalam Liga Perdana Inggeris atau Liga Juara-Juara sejak Februari.

Ianya barisan pertahanan yang paling memberi impak sejak ketibaan Tuchel, dengan tidak melepaskan gol dalam tujuh perlawanan sebelum kekalahan 5-2 kepada Albion, Sabtu lepas.

Penggunaan tiga pemain pertahanan dan kembalinya Antonio Rudiger, setelah dia disingkirkan oleh Lampard untuk sebahagian besar separuh pertama musim ini, membuat Chelsea jauh lebih sukar untuk dibolosi.

Mason Mount dan N’Golo Kante juga akan kembali dengan kepentingan mereka digariskan apabila direhatkan pada awal hujung minggu.

Tetapi itu hanya boleh memberi satu ruang untuk Werner, Havertz dan Ziyech di bahagian serangan.

Tuchel mempunyai banyak pilihan, tetapi akan panatas dinilai apakah dia membuat pilihan yang tepat. – AFP