9,300 KIR terima bantuan makanan

TERIMA KASIH… Wakil KIR menerima sumbangan Bantuan Prihatin Masyarakat Tanjong Manis untuk diagihkan kepada KIR di kawasan masing-masing.

SARIKEI: Lebih  9,300 ketua isi rumah (KIR) yang layak di kawasan  Tanjong Manis akan menerima bantuan bungkusan makanan asas menerusi Bantuan Prihatin Masyarakat Tanjong Manis bagi fasa yang ke-5 daripada Ahli Parlimen  Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab.

Pengagihan bantuan bekalan makanan asas untuk KIR telah bermula sejak 5 April lalu bermula di zon Sarikei yang melibatkan sejumlah 1,426 bungkusan makanan asas.

Pengagihan bermula di Taman Susur Jambu 1 melibatkan seramai 350 KIR, Taman Susur Jambu 2 (150 KIR), flat Susur Jambu (130 KIR), Susur Jambu Sentebu Lorong 1-4 (87 KIR), Susur Jambu Sentebu Lorong 5-10 (155 KIR), Lot Baru Susur Jambu (73 KIR)

Drahman Keria dab Jalan Keria (148 KIR), Jalan Baji (86 KIR), Jalan Century (94 KIR), Jalan Haji Karim (62 KIR), Jalan Teratai (26 KIR), Jalan Pinang Laka (53 KIR) dan Hulu Sungai Salah (12 KIR).

Kelmarin, sejumlah 1,968 bungkusan makanan asas telah diagihkan di Sare Utara (249 KIR), Sungai Pelong (59 KIR), Sare Tengah (120 KIR), Sare Selatan (187 KIR), Kerubong (162 KIR), Kerapa (49 KIR), Kampung Baru Selalang (22 KIR), Kampung Masjid Selalang (90 KIR), Kampung Lama Selalang (80 KIR), Kampung Bunga Tanjung Selalang (80 KIR), zon 1 Kampung Bintangor (78 KIR), zon 2 Kampung Abang Amin (95 KIR), zon 3 Jalan Abg Ali (81 KIR)zon 4 Jalan Bidadari (71 KIR), zon 5 Kampung Muhibbah (60 KIR), zon 6 Kampung Gelam (57 KIR), zon 7 Jambatan Merah (78 KIR), Tanjung Bundong Bintangor (48 KIR), Kampung Cina Sungai Sian (48 KIR), Sungai Selidap (110 KIR) dan Sungai Sian (144 KIR)

Sumbangan tersebut diserahkan melalui ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK), Tuai Rumah atau wakil untuk diagihkan di kawasan masing-masing.

Turut terlibat dalam program bantuan ini ialah KMKK, Tuai Rumah dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kawasan Parlimen Tanjong Manis, sukarelawan dan para kaunselor di kawasan masing-masing.

Oleh EARL ANEK