Simpanan KWSP untuk bekalan hari tua

KUCHING: Wang simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebagai simpanan bagi pekerja setelah besara.

Sebarang pengeluaran awal boleh menyebabkan pekerja tidak mempunyai simpanan mencukupi selepas besara kelak, kata seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jonathan Chai.

Beliau diminta mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan daripada akaun 2 sebanyak RM500 sebulan mulai 1 April dalam tempoh 12 bulan.

Jonathan Chai berkata oleh kerana kebanyakan pencarum KWSP itu masih bekerja adalah lebih baik supaya tidak mengeluarkan wang caruman masing-masing sebagai bekalan untuk hari tua.

“Sekiranya setiap pekerja berbelanja secara berhemah, gaji yang diterima setiap bulan saya percaya masih mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian,” katanya.