Aset PDRM terus diperkasa

TERIMA KASIH… Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak semasa dalam majlis penyerahan set baharu daripada Bukit Aman di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Kuching, semalam

KUCHING: Aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak terus diperkasakan dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik demi keselamatan dan keamanan rakyat di negeri ini.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail menerusi satu kenyataan dalam media Facebook Polis sarawak semalam, pihaknya telah menerima sembilan aset baharu daripada Bukit Aman untuk kegunaan pasukan di Sarawak.

“Aset-aset yang diberikan melibatkan kenderaan pasukan jenis pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux 2.8 Black Edition Double Cabin (Auto) untuk unit anjing pengesan (K9) dan kenderaan jenis Mitsubishi Triton 2.4 Vg Premium Double Cab 4×4 Auto Diesel.

“Dalam majlis penyerahan tersebut, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak menerima lima kenderaan pasukan jenis 4WD Toyota Hilux 2.8 Black Edition Double Cabin (Auto) untuk Unit Anjing Pengesan (K9) dan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton 2.4 Vg Premium Double Cab 4×4 Auto Diesel,” tambahnya dalam kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, Aidi memaklumkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak menerima sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton 2.4 Vg Premium Double Cab 4×4 Auto Diesel.

“Sementara itu, Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak dan Pasukan Gerakan Polis Udara Sarawak pula masing-masing menerima sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton 2.4 Vg Premium Double Cab 4×4 Auto Diesel,” tambahnya yang juga memaklumkan bahawa majlis penyerahan tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, semalam.

Oleh RYNNA SHA’ERRA