17 migran ditemui maut

BERBAHAYA… Walaupun menempuh laluan berbahaya ketika berlayar dari El Hierro ke Kepulauan Canary, pendatang mengambil risiko sehingga menyebabkan ramai yang terkorban ketika dalam perjalanan.

MADRID: Seramai 17 mingran ditemui maut di atas kapal yang berlayar dari El Hierro di Kepulauan Canary Sepanyol, kata para pegawai ketika kedatangan migran melonjak walaupun perjalanan tersebut berbahaya pada Isnin lalu.

“Sebuah helikopter tentera Sepanyol menghantar tiga mangsa yang selamat iaitu dua lelaki dan seorang wanita ke sebuah hospital di Pulau Tenerife.

“Salah seorang lelaki berada dalam keadaan tenat dengan dehidrasi teruk,” kata perkhidmatan kecemasan tempatan dalam satu ciapan.

Menurut seorang jurucakap Perkhidmatan Penyelamat Maritim Sepanyol, sebuah pesawat tentera udara Sepanyol pertama kali melihat kapal itu kira-kira 265 batu nautika tenggara El Hierro pada pagi Isnin lalu dan sebuah kapal mencari dan menyelamat dikerahkan ke kawasan itu.

“Migran di kapal itu adalah semua warga sub-Sahara Afrika. Bagaimanapun, tidak diketahui dengan jelas dari mana kapal itu keluar,” tambahnya.

Pada awal bulan ini, empat migran ditemui mati di sebuah kapal sementara yang ditemui di selatan El Hierro dengan 23 migran di atas kapal.

Ia adalah laluan paling singkat melalui jalan lautan yang melintasi pulau Atlantik dari pantai Maghribi adalah sekitar 100 kilometer (60 batu), tetapi ia merupakan laluan berbahaya kerana arus yang kuat.

Kebiasaannya, kapal yang digunakan pendatang juga sesak dan dalam keadaan buruk.

Ketibaan migran di Nusantara meningkat setelah rondaan meningkat di sepanjang pantai selatan Eropah secara dramatik mengurangkan penyeberangan ke benua melalui Laut Tengah.

Kira-kira 3,400 migran tiba di Canary antara 1 Januari dan 31 Mac tahun ini berbanding kurang daripada separuh jumlah itu dalam tempoh yang sama pada 2020.

Kumpulan hak asasi juga memperingatkan bahawa krisis Covid-19 telah memacu kesan perkhidmatan penerbangan yang disekat termasuk mereka yang bekerja di pelancongan, perikanan atau pekerjaan santai lain di Afrika utara memilih untuk menyeberangi Atlantik atau menolong orang lain melakukannya dengan kapal mereka akibat kemerosotan ekonomi yang dicetuskan oleh wabak tersebut.

Menurut organisasi Caminando Fronteras yang memantau aliran migran, 1,851 orang mati di laluan itu pada 2020.

Pengasas Badan Bukan Kerajaan (NGO), Helena Maleno, menulis ciapan Twitter bahawa pada bulan lalu sekitar 283 migran telah hilang ketika membuat perjalanan ke Canary dengan lima kapal dari Mauritania.

“Sementara itu, kira-kira 100 migran cuba berenang ke Sepanyol Ceuta dari Maghribi pada Ahad lalu,” kata polis Sepanyol.

Menurut jurucakap pasukan polis Sipil Guardia di Ceuta, para pendatang termasuk kanak-kanak bawah umur berangkat dalam kumpulan 20 hingga 30 orang sepanjang hari.

Tambahnya, sebilangan kecil berjaya sampai ke pantai di Ceuta sendiri tetapi kebanyakan terpaksa diselamatkan oleh kapal penyelamat Sepanyol.

Pada masa sama, Ceuta bersama-sama Sepanyol mengepung laluan di Afrika utara, Melilla yangmempunyai satu-satunya tanah darat Kesatuan Eropah dengan Afrika, menjadikannya pintu masuk popular bagi para pendatang yang mencari kehidupan yang lebih baik di Eropah. -AFP