Taylor sanggup disuntik

LATIHAN… Taylor bersama ketua jurulatih, E Evalarasan ketika menjalani latihan bersama pasukan Sarawak United FC, baru-baru ini.

KAPTEN Sarawak United, Taylor Regan sanggup mengambil suntikan ubat penahan sakit (pain killer) bagi membolehkannya bermain pada aksi menentang pasukan Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Sabtu lalu.

Taylor yang terpaksa dikeluarkan pada awal babak pertama susulan kecederaan yang dialami ketika aksi menentang PDFM FC, 17 April lalu, masih lagi belum sembuh dan dijangka tidak turunkan ketika menentang Negeri Sembilan FC, Sabtu lalu.

“My job boss my job. Don’t thank me. It’s my job,” katanya dalam ciapan yang dimut turun pada facebook Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya selepas perlawanan menentang Negeri Sembilan malam Sabtu lalu.

Menurut Taylor yang sambil terhencot-hencot berjalan selepas perlawanan malam itu berkata, kalau diikutkan beliau tidak dapat bermain disebabkan kecederaannya belum sembuh lagi, namun semangat juang tinggi pemain import itu tetap mahu beraksi juga.

“Nya sanggup di suntik dengan pain killer sebelum main pakei nahan sakit untuk bersama-sama dengan rakan sepasukannya mengharungi perlawanan mlm tadik.

“Sikap dan semangat Taylor wajar dipuji dan di ambik ikhtibar. Pemain-pemain terutama tempatan boleh belajar sesuatu darinya,” tambah pengendali facebook itu.