Rumah Sating terima bantuan makanan

UNTUK KEPERLUAN… Bekalan makanan untuk Rumah Sating.

BINTULU: Penghuni rumah panjang Rumah Sating Anak Bundan di  KM67 Jalan Bintulu-Miri menerima bantuan bekalan makanan untuk keperluan selama 14 hari, semalam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikuatkuasakan di situ.

Pengawai Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu, memaklumkan bahawa pihaknya telah turun mengedar dan mengagihkan bantuan bekalan makanan tersebut untuk menampung keperluan penduduk di rumah panjang 67 pintu itu.

Katanya, Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) juga dilakukan ke atas penghuni rumah panjang terbabit.

Tambah beliau, turut membantu pihak JKM Bahagian Bintulu ialah Pasukan dari Pusat Khidmat Masyarakat  Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju.

Oleh ELLIE EDWARD