Benzema selamatkan Madrid

CHRISTIAN Pulisic (kiri) menjaringkan gol pembukaan untuk Chelsea semasa perlawanan
pertama peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA menentang Real Madrid di stadium Alfredo di Stefano di Valdebebas, di pinggir Madrid, pada 28 April 2021. • Foto AFP

KARIM Benzema bertindak menyelamatkan Real Madrid semalam, dengan percubaan voli akrobatiknya membantu mereka seri 1-1 menentang pasukan Chelsea yang mengagumkan dalam perlawanan pertama peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA.

Christian Pulisic meraih gol penting Chelsea  di tempat lawan di Valdebebas tetapi mereka mungkin menyesal kerana tidak mampu menjaringkan lebih banyak gol, dengan Timo Werner yang bergelut sekali lagi terlepas peluang keemasan.

Ini bermakna Madrid juga akan berpuas hati, setelah pulih daripada setengah jam pertama yang mengecewakan sebelum kecemerlangan Benzema meninggalkan kedudukan seimbang.

Eden Hazard diberi masa 24 minit terakhir setelah masuk sebagai pemain gantian menentang bekas kelab beliau tetapi walaupun sekali sekala mempamerkan sentuhan lama beliau, dia tidak dapat menambah melakukan perubahan. “Selalu bagus bermain dengan rakan,” kata Hazard kepada BT Sport selepas itu.

Gol Benzema merupakan yang ke-71 beliau dalam Liga Juara-Juara, menjadikannya penjaring terbanyak keempat dalam sejarah pertandingan dengan Raul, hanya di belakang Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Robert Lewandowski.

“Sepatutnya kami memenangi babak pertama,” kata pengurus Chelsea, Thomas Tuchel. “Kita sepatutnya menjaringkan sekurang-kurangnya satu lagi.”

“Keputusan adil,” kata Zinedine Zidane. “Separuh masa pertama kami bukan yang terbaik, tekanan mereka menyebabkan kami mengalami kesukaran tetapi kami menyesuaikan diri dan pada babak kedua kami lebih baik.” – AFP