Pembaharuan cukai cetus protes berdarah

PROTES… Cadangan pembaharuan cukai kerajaan mencetuskan rusuhan berdarah
di Colombia di beberapa kota negara itu.

BOGOTA: Penunjuk perasaan menggesa demonstrasi besar-besaran setelah 19 orang maut dan lebih dari 800 cedera dalam pertempuran selama lima hari demonstrasi menentang cadangan pembaharuan cukai kerajaan pada Isnin lalu.

Pejabat ombudsman hak asasi manusia Colombia mengatakan 18 orang awam dan seorang polis maut dalam keganasan semasa tunjuk perasaan yang bermula di seluruh negara pada 28 April lalu, sementara 846 orang termasuk 306 orang awam cedera.

Pihak berkuasa menahan 431 orang dan kerajaan mengerahkan tentera di bandar yang paling teruk terjejas.

Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga menuduh polis menembak orang awam.

Pada Ahad lalu, Presiden Ivan Duque memerintahkan cadangan pembaharuan cukai ditarik daripada Kongres yang mana ia sedang diperdebatkan sekali gus mencetuskan rusuhan.

Sementara itu, Menteri kewangan Colombia, Alberto Carrasquilla mengundurkan diri dengan mengatakan dalam sebuah kenyataan bahawa kehadirannya yang berterusan akan menyulitkan untuk membangun konsensus yang diperlukan dengan cepat dan cekap untuk cadangan reformasi baharu pada Isnin lalu.

Carrasquilla dengan cepat digantikan ahli ekonomi, Jose Manuel Restrepo yang sebelumnya merupakan Menteri Perdagangan.

Walaupun penarikan Rang Undang-Undang (RUU) itu yang dikatakan oleh para penunjuk perasaan akan membuat Colombia menjadi lebih miskin lebih-lebih lagi ketika wabak Covid-19 melanda, manakala sebuah kumpulan payung yang dikenali sebagai Jawatankuasa Rusuhan Nasional meminta demonstrasi baharu pada hari ini (5 Mei).

“Orang-orang di jalanan menuntut lebih banyak daripada penarikan reformasi cukai,” katanya dalam satu kenyataan.

Duque yang mengalami penurunan sokongan hingga 33 peratus menggelar ‘vandalisme’ penunjuk perasaan ketika negara itu berdepan gelombang pandemik kedua yang memudaratkan.

Bagaimanapun, puluhan orang keluar di jalanan pada Isnin lalu melakukan tunjuk perasaan di ibu kota Bogota, kota barat laut Medellin, Cali di barat daya dan Barranquilla di utara.

Sebilangan besar demonstrasi yang bermula sejak 28 April lalu lalu bermula secara damai sebelum terjadi pertembungan antara penunjuk perasaan dan pasukan awam.

Menteri Pertahanan Diego Molano mendakwa kekerasan itu direncanakan, diatur, dibiayai oleh pembangkang Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) dan anggota Tentera Pembebasan Nasional (ELN).

Terdahulu, FARC pemberontak kiri menandatangani perjanjian damai dengan pemerintah pada 2016 untuk mengakhiri konflik lebih dari setengah abad menjadikan ELN sebagai kumpulan gerila terakhir di negara ini. -AFP