Berkebun untuk menyinari kehidupan orang lain

Membantu apabila diperlukan, itulah yang dilakukan oleh Pengurus Besar Warta Niaga Sdn. Bhd, Ivy Ngo dan pemilik Meteor Garden yang enggan disebut namanya, untuk membawa keceriaan dalam kehidupan golongan kurang bernasib baik.

Kedua-duanya yang memang berkongsi hobi berkebun, membawa tanaman masing-masing ek Persatuan Orang Pekak Sarawak (POPS) di Jalan Laksamana Cheng Ho untuk dijual oleh ahli-ahli persatuan tersebut.

Ting menyerahkan tanaman beliau kepada Ngo yang kemudian menanamnya semula di dalam pasu dan menyerahkannya kepada ahli POPS, Lee Cho Seng yang mengusahakan jualan tanaman di premis mencuci kereta yang terletak di pekarangan bangunan POPS.

Sementara itu Lee telah berkebun sepanjang hidupnya.  Beliau belajar cara berkebun dari pengalaman dan beliau berdikari dengan berkebun di kawasan premis POPS serta menjual tanaman dekorasi.

Selain itu, beliau juga membeli tanaman daripada orang lain atau menerima sumbangan tanaman daripada orang awam.

Lee telah mengusahakan perniagaan tanaman ini sejak beberapa tahun lalu dan telah memperluaskan jualannya kepada buah-buahan dan barangan cenderamata Sarawak.

Menurut Ngo, beliau berkenalan dengan Lee semasa mencuci kereta premis POPS dan berhasrat untuk membantu.  Pada awalnya, beliau ingin membantu dengan cara membeli tanaman, tanah dan pasu-pasu bunga yang dijual oleh Lee tetapi mendapati bantuan begitu agak terhad kerana Lee tidak mempunyai banyak tanaman jualan.

Pada satu hujung minggu, beliau bertandang ke Meteor Garden untuk mencari tanaman dan berpeluang berbincang dengan pemiliknya tentang cara untuk membantu orang seperti Lee.

Pemilik Meteor Garden itu kemudian memberitahu bahawa beliau mempunyai banyak tanaman yang tidak dapat dijual tetapi terlalu sibuk untuk menanamnya semula di dalam pasu.   Justeru Ting mencadangkan agar Ngo yang menanam semula tanaman berkenaan.

Ngo bersetuju dan dengan bantuan kakak serta anak saudara beliau, mereka menanam semula bunga-bungaan tersebut pada hujung minggu dan menunggu sehingga tanaman itu tumbuh subur sebelum diserahkan kepada Lee.

“Saya mahu tanaman ini tumbuh subur dan sihat.  Kalau tidak, tak ada gunanya untuk memberi tanaman yang tidak akan tumbuh subur,” kata Ngo.

Ngo juga berterima kasih kepada semua yang telah membeli tanaman daripada beliau sebelum ini.   Beliau yang mempunyai kebun sendiri di pekarangan rumah, melakukannya lebih kepada hobi.

Beliau hanya menjual apabila ada permintaan daripada rakan-rakan dan dengan menjualnya, beliau dapat mengitar wang untuk membeli tanah dan baja bagi menanam lebih banyak bunga-bungaan.

Dengan projek terbaharu untuk membantu golongan kurang bernasib baik ini, Ngo berharap dapat menanam lebih banyak tanaman pada masa akan datang.

Kata beliau lagi, berkebun adalah salah satu terapi sihat dan membawa aura positif di dalam kehidupan seseorang.

“Walaupun menanam beberapa tanaman sahaja, ia tetapi boleh membawa keceriaan dalam hidup,” tambah beliau.

Oleh Connie Chieng