Petai berbau tapi banyak khasiat

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) kongsi khasiat petai.

Ada orang memang pantang nampak petai, terus terbuka selera.

Tapi ada orang yang langsung tak boleh makan petai dek kerana baunya.

Sebut sahaja petai , pasti ada yang terus memikirkan tentang bau nafas yang kurang menyenangkan apabila kita menikmatinya.

Bagi penggemar setianya, semua itu tiada masalah.

Selepas makan petai, mulut atau nafas menjadi bau dan  menyebabkan air kencing berbau.

Itulah mengapa sebahagian  orang tak menyukai petai atau nama saintifiknya ‘Parkia Specocia”.

Meskipun terkenal kerana baunya, petai menjadi salah satu makanan digemari ramai orang tidak kira bangsa.

Selain dimakan mentah, direbus dan dibakar, petai juga boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan yang pastinya menyelerakan misalnya sambal petai ikan bilis, sambal petai sotong, sambal petai udang dan nasi goreng petai.

Di sebalik bau itu, petai mempunyai banyak khasiat dan vitamin jika dimakan secara sederhana.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) petai mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Ia dapat meningkatkan sistem imuniasi badan dan juga bersifat anti oksida.

Selain itu, kandungan kalium mampu  mengawal keseimbangan air dalam badan dan membantu pelancaran fungsi jantung anda.

KKM turut berkongsi cara menghilangkan bau petai dengan  hanya minum air kopi, teh tanpa gula, berkumur dengan air garam atau mengunyah beras.

Jadi, penggemar-penggemar  petai,inilah manfaat yang anda boleh dapat daripada memakan petai.

Oleh LIONG CHAI LING