VAKSIN SINOVAC SAMPAI ESOK

SIDANG MEDIA… Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

KUCHING:  Sarawak akan menerima sebanyak 380,000 dos vaksin jenis Sinovac pada 9 Jun 2021 (Rabu), menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Dengan ketibaan vaksin itu maka usaha untuk mempercepatkan lagi proses vaksinasi dan mencapai imunisasi kelompok, katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Daripada jumlah itu sebanyak 89,360 dos akan dihantar ke Pusat Kemahiran Belia Negara (PKBN) di Miri pada 10 Jun ini. sekali guas mencapai sasaran satu juta dos pada bulan Jun, selepas itu pada bulan Julai dan Ogos, tambahnya.

“Kita berharap mudah-mudahan semua akan diberi suntikan vaksin,” ujarnya.

Kerajaan Sarawak menggunakan pendekatan pendaftaran secara hibrid bagi memastikan rakyat di kawasan luar bandar tidak tercicir daripada mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Kaedah pendaftaran secara hibrid ialah pendaftaran secara manual dengan Pejabat Daerah selain daripada pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Untuk kawasan luar bandar, jika mereka yang datang untuk mendapatkan vaksin walaupun nama mereka tiada dalam pendaftaran, kita tetap akan memberikan suntikan dan selepas itu barulah nama mereka akan didaftarkan di dalam data utama.

“Ini akan memudahkan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar supaya mereka tidak perlu berulang-alik dan sekali gus akan mempercepatkan dan memperluaskan proses vaksinasi terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya lagi, sambil menambah terdapat 1,400 penerima vaksin AstraZeneca yang dijalankan di BCCK dan Pusat Kemahiran Belia Negara (PKBN) semalam.

Terdapat 30,000 orang dari Sarawak yang telah berdaftar bagi mendapatkan vaksin AstraZeneca berkenaan, menurutnya.

“Kita berpuas hati dengan pelaksanaan proses vaksinasi di BCCK hari ini (semalam) yang melibatkan 1,000 penerima vaksin sukarela dan 400 di Miri.

“Jumlah ini akan terus meningkat kepada 3,000 dalam satu hari selepas ini untuk mempercepatkan PICK di negeri ini,” ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau telah memberitahu wakil rakyat untuk membantu kerajaan bagi memenuhi sasaran imuniti kelompok pada bulan Ogos ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

End///

Caption 1: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg beramah mesra dengan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Caption 2: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg diiringi oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Caption 3&4: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Oleh JEAKQLEYN YACHO