Fasa pertama BBMSS di DUN Samariang

EDAR BANTUAN… Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyampaikan sumbangan kepada penerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang (BBMSS) Fasa Pertama.

KUCHING: Dengan adanya bantuan dan juga sumbangan yang disalurkan oleh Kerajaan Sarawak, sekali gus dapat meringankan lagi beban rakyat yang terjejas ketika pandamik Covid-19 ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali telah mengedarkan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang (BBMSS) Fasa Pertama kepada penduduk Kampung Lintang dan Semerah Padi Fasa 2 semalam.

“Ini adalah inisiatif Kerajaan Gabungan Parti Srawak (GPS) untuk membantu rakyat B40 yang terjejas pendapatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di setiap kawasan DUN GPS,” katanya.

Seterusnya bantuan lain juga akan disalurkan kepada ke semua penduduk di kawasan Dewam Undangan Negeri (DUN) N7 Samariang dengan kadar segara bagi meringankan beban mereka yang terjejas. Dengan bantuan ini juga dapat mengurangkan sedikit sebanyak kegelisahan yang dihadapi warga tempatan semenjak PKP dilaksanakan.

Oleh AZREEN KERIA