Korban nahas kereta api meningkat

KARACHI:  Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh iaitu angka korban terkini manakala berpuluh-puluh lagi turut tercedera pada Isnin dalam nahas kereta api penumpang di wilayah Sindh, selatan Pakistan, memetik media dan pegawai tempatan.

Pegawai Pengangkutan Kereta Api Pakistan Sukkur Sajjad Wagho berkata, nahas itu membabitkan kereta api  Millat Express dan Sir Syed Express, lapor Agensi Berita Xinhua.

Media tempatan melaporkan jumlah kematian mungkin meningkat kerana beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Menurut seorang penumpang beberapa orang masih terperangkap di dalam gerabak yang hancur.

Insiden itu berlaku di laluan antara Stesen Kereta Api Raiti dan Obaro di daerah Ghotki.

Nahas berlaku selepas Millat Express yang dalam perjalanan ke timur bandar Sargodha, Karachi bertembung dengan Sir Syed Express menghala ke Karachi dari Rawalpindi.

Hospital di daerah itu berada di bawah perintah darurat berikutan penularan wabak Covid-19. – Bernama