UNIMAS dijadikan Pusat PPV

SIAP SEDIA… Sukarelawan warga UNIMAS digesa turut serta membantu kakitangan KKM melakukan urusan pemberian suntikan vaksin nanti.

KOTA SAMARAHAN: Bermula pada 14 Jun ini, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bakal dijadikan sebagai salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kebangsaan di Sarawak.

PPV UNIMAS juga dikategorikan sebagai PPV Kategori , bermaksud PPV yang mempunyai kapasiti pemberian sejumlah 1,600 vaksin sehari dan dijangka akan ditingkatkan sehingga 3,000 kapasiti sehari.

Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Kesihaan Malaysia (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)

Sukarelawan dalam kalangan warga UNIMAS digesa untuk turut serta bagi melancarkan program pemberian vaksin, selain membantu kakitangan KKM melakukan urusan pemberian vaksin di PPV Unimas nanti.

Maklumat mengenai keperluan sukarelawan PPV UNIMAS boleh dirujuk melalui pautan https://sukarelawan.ia.unimas.my/#/,

Oleh AZREEN KERIA