VAKSINASI MESTI SELESAI OGOS DEPAN

PERSIDANGAN VIDEO… Empat parti komponen GPS menghadap Yang di-Pertuan Agong melalui persidangan video dari Pejabat Ketua Menteri di Kuching semalam.

KUCHING: Empat parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui persidangan video dari Pejabat Ketua Menteri di Kuching semalam.

Parti tersebut ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Dalam kenyataan bersama selepas persidangan secara video tersebut, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS telah membentang tiga faktor penting dalam memerangi wabak pandemik Covid-19 iaitu program vaksinasi di Sarawak mesti diselesaikan pada Ogos depan dalam sasaran mencapai imuniti berkelompok.

“Faktor kedua dan ketiga ialah memastikan kerajaan yang kukuh dan stabil untuk pelaksanaan program Covid-19 berjalan dengan lancar dan pelaksanaan pelan pemulihan program ekonomi pasca Covid-19,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, kenyataan itu juga ditandatangani oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (SUPP) Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP), Dato Sri Tiong King Sing.

Oleh JEAKQLEYN YACHO