PENTERNAK RASA KERUGIAN

EWAN Asyraf Majid

KUCHING: Penternak lembu, kambing dan sapi di negeri ini mendakwa bakal mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit sekiranya tempahan untuk sambutan Aidiladha dibatalkan oleh pelanggan mereka.

Ia susulan keputusan dikeluarkan oleh Majlis Islam Sarawak (MIS) yang tidak membenarkan pelaksanaan ibadah korban tahun ini berdasarkan ketetapan Lembaga Fatwa Negeri Sarawak yang bersidang pada 15 Jun lalu.

Menurut pemilik Syarikat Maju Ternak Albarakah, Syed Razuan Ali, 43, berkata, sebanyak 70 peratus ternakkannya sudah di tempah oleh pelanggan dan kira-kira 80 peratus daripada pelanggan sudah membayar wang pendahuluan.

Katanya, beliau sudah menerima tempahan awal daripada pelanggan bermula awal Februari hingga pertenggahan Jun lalu sebelum MIS mengumumkan ibadah korban tahun ini terpaksa dibatalkan.

“Kami telah menempah awal dan masukkan ternakan seperti lembu secara berperingkat ke ladang kami memandangkan permintaan tinggi selain stok lembu bekurangan disebabkan tiada kemasukan lembu dari Sabah,” katanya kepada Utusan Sarawak semalam.

Menurut Syed, setakat ini beliau masih belum mengalami kerugian disebabkan masih menunggu keputusan daripada kerajaan berhubung kelulusan membenarkan ibadah korban dilaksanakan.

Oleh SYAMIMI SABRI