PEMIMPIN MASYARAKAT DIGESA AGRESIF

SAMPAIKAN CEKā€¦ Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kiri) menyampaikan cek kepada salah seorang wakil penerima persatuan Cina di Spaoh semalam.

SPAOH: Semua pemimpin masyarakat digesa supaya memainkan peranan lebih agresif bagi meyakinkan rakyat untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, terdapat segelintir masyarakat yang berasa was-was dan takut untuk menerima vaksin tersebut.

“Jika masih ada rakyat yang belum menerima suntikan vaksin tersebut, ia akan menyebabkan mereka mudah dijangkiti virus yang mematikan itu sekali gus menjadi ancaman kepada penduduk yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum menyampaikan pemberian dana sebanyak RM50,000 dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada Kuil Cina Spaoh semasa lawatan singkat di sini, semalam.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menambah, kerajaan melaksanakan pelbagai insiatif dan peluang kepada rakyat untuk mendapatkan vaksin secara percuma.

Oleh SYAMIMI HUSNA