Pak Jamal sasar jual 3,000 lemang

JAGA KEBERSIHAN … Faizal Abdulah, 30, mencuci buluh lemang yang baru tiba dari pada pembekal.

KUCHING: Lemang berintikan daging dan ayam, merupakan produk yang dihasilkan Jamaluddin Mon semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.

Selain menjual dua produk baharu itu, gerai tepi jalannya di Batu 10, Kampung Matang, Kuching memang sudah cukup terkenal dengan keenakan lemang pandan.

Kini anaknya Azreen Jamaluddin, 28, (genarasi ke-3) menyambung perniagan dari keluarganya.

Pada hari biasa, kira-kira 80 batang lemang dapat dijualnya.

Menjelang Hari Raya Aidiladha yang akan disambut minggu hadapan Azreen dan keluarga menyasarkan 3,000 batang lemang akan di jual.

“Harap kita dapat menjual 3,000 batang lemang pada perayaan ini nanti,” katanya.

Menurut Azreen, perniagan pada Hari Raya Aidiladha pada tahun in mereka hanya membuat 3,000 sahaja berikutan pendemik yang masih aktif di sekitar Kuching.

Oleh HERRIEY NAHA