Covid-19: Jumlah korban cecah 252,682

FENOMENA peningkatan angka kematian paling dasyhat bagaikan mimpi ngeri yang entah bila akan reda. – Foto AFP

NEW YORK: Seramai 250,134 orang di seluruh dunia maut akibat Covid-19, menurut data Johns Hopkins University pada Isnin petang, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, sebanyak 3,571,615 kes dilaporkan di lebih 180 negara dan wilayah.

Amerika Syarikat melaporkan jumlah korban paling ramai iaitu 68,387 orang.

Negara lain seperti Sepanyol, Itali, Britain dan Perancis pula masing-masing mencatatkan lebih 20,000 kematian. – Bernama