Haller wira Ivory Coast

WIRA… Sebastien Haller menjaringkan dua gol untuk Ivory Coast. • Foto AFP

BEKAS penyerang West Ham, Sebastien Haller menjaringkan dua gol dalam masa sembilan minit untuk memberikan kemenangan 2-1 Ivory Coast dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA Qatar 2022, ke atas Cameroon di Abidjan, samalam.

Haller, yang berpindah ke Ajax Amsterdam Januari lalu setelah menjaringkan 14 gol dalam 54 perlawanan untuk Hammers, menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-20 dan kemudian menewaskan pemain pertahanan dan melepaskan percubaan ke sudut jauh gawang.

Moumi Ngamaleu mengurangkan defisit menerusi sepakan penalti, pada minit ke-61, untuk membuat penyudah tegang dalam pertemuan Kumpuan  D.

Ivory Coast menduduki tangga teratas dengan empat mata selepas dua perlawanan, Cameroon dengan tiga, dan Mozambique satu dan Malawi kosong menjelang perlawanan mereka pada hari Rabu.

Kumpulan D merupakan satu-satunya kumpulan daripada 10 kumpulan zon Afrika yang menampilkan dua negara menduduki rankin 10 teratas di Afrika – Ivory Coast berada di tangga ke-12 ketika undian dibuat dua tahun lalu. – AFP