335 pelajar terima vaksin Pfizer BioNTech

TUNGGU GILIRAN… Pelajar sedang menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan dos vaksin Covid-19 di Dewan SMK Tatau.

TATAU: Seramai 335 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau dan 30 orang lagi secara walk-in berumur 17 dan 16 tahun menerima suntikan dos vaksin jenis Pfizer BioNTech semalam.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) sekolah itu, Cikgu Ariffin Bin Mohidin berkata, proses vaksinasi telah berjalan dengan lancar berikutan usaha dan kerjasama diberikan oleh semua pihak.

“Memandangkan kebanyakan para penerima Dos ini merupakan penerima yang terdiri daripada golongan muda maka proses kelancaran dilihat berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian berhubung perkara itu di sini semalam bertempat di Dewan SMK Tatau.

Menurutnya, kebanyakan pelajar hadir ke PPV tersebut diiringi oleh ibu bapa dan penjaga mereka.

“Setiap penerima yang sudah disuntik akan menunggu selama 15 ke 30 minit mengikut kesihatan mereka untuk diperhatikan sebelum dibenarkan pulang.

“Dimana selepas ini para penerima dos pertama akan ditetapkan tarikh temu janji penerima dos vaksin kedua,” ujarnya.

Sementara itu berdasarkan tinjauan bersama pelajar pula, mereka amat menyambut baik usaha tersebut.

Jelas mereka, dengan adanya suntikan vaksin itu, akan memeberikan keyakinan untuk menghadapi sesi persekolahan secara bersemuka yang akan datang.

Bagi Cannary Magai Anak Sanok merupakan pelajar tingkatan 4 di SMK Tatau dari Rh.Francis Lagan, Sungai Sap,Tatau melahirkan rasa gembira kerana telah berjaya menerima dos berkenaan.

“Semasa proses suntikan vaksin dilakukan beliau merasakan tidak ada kesan sampingan atau kesakitan.

“Saya menyeru rakan-rakan yang belum divaksin supaya jangan berasa takut,” katanya.

Sementara itu, Christiey Sedai Anak Edwin juga pelajar Tingkatan 4 SMK Tatau berasal dari Rh.Anggok, Sungai Arip, berkata beliau lega setelah berjaya menerima suntikan dos vaksin tersebut.

“Suntikan dos tidak memberikan apa-apa kesan sampingan atau berasa sakit ketika diberikan suntikan”

“Saya berharap dengan suntikan tersebut akan dapat membolehkan sesi persekolahan dibuka secepat mungkin kerana mereka tidak sabar untuk turun belajar seperti sedia kala,” ujarnya.

Oleh ELLIE EDWARD