Pembinaan dalam perbincangan

MENARIK …. Cadangan tapak Trek BMX Bintulu.

BINTULU: Pengerusi Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Tanjung Batu Johnny Pang berharap sebuah Trek BMX dapat dibina di Bintulu dalam masa terdekat.

Menurutnya, beliau berharap Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dapat meluluskan proposal seterusnya dalam membangunkan sukan terbabit yang semakin diminati oleh golongan muda masa kini.

“Sekiranya pihak BDA dapat meluluskan proposal untuk membangun Bintulu BMX Track, akan membolehkan Bintulu menjadi penganjur sukan ini.

“Malah ini juga akan menarik pemain bertaraf antarabangsa disamping menyediakan pendedahan kepada peminat tempatan,” ujarnya.

“Projek BMX Racing Track dikemukakan oleh DNA SPORTS semasa Division Tourism Task Group Bintulu Meeting pada 21 Januari 2020 berikutan peningkatan aktiviti berbasikal pada tahun kebelakangan ini,

“Malah terdapat permintaan tinggi untuk BMX Racing Track yang diperlukan di Bintulu,” katanya.

Dalam pada itu Johnny akan mengemukakan kemajuan proposal, dan berharap agar BDA dapat menyetujuinya secepat mungkin agar rancangan pembinaan dapat dilaksanakan lebih awal.

Sementara itu, lokasi yang dicadangkan Bintulu BMX Track adalah di Taman Millennium Bintulu, ukuran tanah diperlukan sekitar tiga hingga empat ekar.

Oleh ELLIE EDWARD