KambingPerapSarawak.Com,resipi turun temurun Amirul Hafiz

AMIRUL HAFIZ

SEBUT sahaja tentang daging kambing, pasti penggemarnya terbayang-bayang keenakan serta kehebatan daging tersebut. Aroma semula jadi kambing bakar misalnya mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Pelbagai cara masakan kambing yang diketengahkan antara yang paling popular adalah kambing bakar. Namun cara penyediaannya perlulah diberi perhatian yang khusus bagi mengelakkan bau hamis kambing yang sering membantutkan selera.

Salah satu hidangan paling istimewa dinamakan KambingPerapSarawak.Com. Hidangan ini tercipta ketika waktu pandemik melanda.

Pencetus utama hidangan ini ialah Amirul Hafiz. Menurut Amirul

sebagai trainer eUsahawan dia tidak meneruskan kelas  bimbingannya kerana penularan pandemic Covid-19 sekali gus pelaksanaan Printah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya tak dapat nak buat kelas kerana tidak dibenarkan ketika itu, perniagaan saya iaitu bilik seminar & bisnes homestay juga tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP setahun lebih. Disitulah datang idea untuk menghasilkan ‘Kambing Perap Sarawak’. 

Untuk menghasilkan hidangan KambingPerapSarawak.Com, Amirul menggunakan kambing kualiti premium diimport khas dari New Zealand dan Australia.

Menurut Amirul, daging tersebut lembut, enak dimakan kerana ia merupakan daging biri-biri muda yang diperap bersama rempah ratus yang membangkitkan rasa. 

“Setelah berjaya menghasilkan hidangan tersebut, saya memasarkannya dalam pek (500 gram) mengandungi dua hingga empat keping daging yang sudah diperap yang sedia untuk dimasak semudah ABC.

“Hidangan ini  boleh dimasak menggunakan fry pan, air fryer, bbq gas burner, electric bbq dan ketuhar dan juga dibakar menggunakan arang,” jelas Amirul.

Tambahnya, cara penyediaan KambingPerapSarawak.Com iaitu

nyah beku dengan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro selama tiga hingga lima minit atau simpan dalam chiller dalam satu hingga tiga jam.

“Seterusnya dimasak di atas kuali ‘non stick’ selama 10 minit atau masak dalam ketuhar, air fryer, pressure cooker atau ketuhar gelombang mikro selama 10 hingga 20 minit pada suhu 180 hingga 200 darjah sehingga masak. Untuk kekalkan ‘juicy’, boleh guna aluminum foil,” jelasnya.

Tambah Amirul lagi, dia menggunakan perapan resepi keluarga turun temurun yang mengabungkan rempah ratus yang membangkitkan selera dalam gigitan pertama hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. 

Amirul mengatakan dia lebih menekankan pasaran hidangan kambingnya menerusi medium online dan offline.

“Dengan kepakaran saya sebagai trainer eUsahawan Sarawak saya gunakan sepenuhnya apa ilmu yang saya selalu ajar kepada pelajar ke dalam projek Kambing Perap Sarawak ini.

“Antaranya ialah teknik search engine optimization (SEO), ramai prospek kita berjaya jadikan sebagai pembeli yang setia. Masuk sahaja website mereka akan seringkali terjump Kambing Perap Sarawak berkali-kali kerana ada code khas saya muat turun dalam laman sesawang KambingPerapSarawak.Com.”

“Dari segi offline marketing pula antaranya saya gunakan Word-of-mouth marketing (WOM marketing) yang mana mereka yang berpuas hati dengan Kambing Perap Sarawak akan mencadangkan kepada kawan-kawan untuk beli.

“Jualan lebih mudah terhasil sebab kawan akan percaya apa yang dicadangkan kawan berbanding cadangan daripada orang yang tidak dikenali,” katanya.

Amirul akui hidangan tersebut bukan sekadar untuk menampung kehidupan ketika pandemik Covid-19 melanda tetapi untuk berkongsi rezeki bersama ejen Kambing Perap Sarawak.

“Terdapat  ejen yang mampu buat jualan ratusan ringgit sehari dengan menjual Kambing Perap Sarawak walaupun ketika pandemik melanda. Kuncinya di sini adalah apabila kita ada sifat mahu berusaha kita pasti akan berjaya.”