Saat tepat ledak jaringan

LIONEL Messi (kiri) dari Paris Saint-Germain cuba melepaskan diri daripada kepungan pemain pertahanan Manchester City, Kyle Walker semasa perlawanan Kumpulan A Liga Juara-Juara UEFA di Parc des Princes di Paris, semalam. •Foto AFP

INI adalah saat yang sangat dinantikan peminat sejak Lionel Messi diperkenalkan sebagai pemain Paris Saint-Germain hampir dua bulan lalu.

Kapten Argentina itu hanya membuat sedikit penampilan untuk kelab baharunya dan tidak menjaringkan gol tetapi dia memilih saatnya menjaringkan gol dalam pertembungan Liga Juara-Juara UEFA berhadapan Manchester City semalam.

Jaringan pada minit ke-74 Messi membolehkan Paris SG mendahului 2-0 dan mengesahkan kemenangan yang memberi amaran ke seluruh Eropah meski pada peringkat awal musim.

Guardiola  yang sebelum ini pernah menjadi mangsa Messi menentang Barcelona dengan Bayern Munich dan bersama City  menyifatkan bekas muridnya tidak dapat dihalang.

“Saya biasanya tidak meraikan gol, namun kali ini yang saya melakukannya,” kata jurulatih Paris SG, Mauricio Pochettino yang menentang Messi di Sepanyol sebagai jurulatih Espanyol.

“Saya telah melihatnya menjaringkan banyak gol sebelum ini ketika berada di bangku pasukan lawan, jadi untuk kali ini saya berada di bangku yang betul dan dapat meraikannya.”

Messi meninggalkan Barcelona sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa dengan 672 gol dalam 778 penampilan iaitu rekod untuk satu kelab.

“Memang benar bahawa saya terdesak untuk menjaringkan gol pertama saya,” kata Messi, yang baru saja membuat penampilan keempat untuk pasukan Pochettino, kepada Canal Plus.

Pemain berusia 34 tahun itu berpindah ke Paris dengan sasaran memenangi Liga Juara-Juara iaitu trofi yang kali terakhir dimenanginya bersama Barcelona pada 2015.

Pasukan yang membariskan Messi, Klian Mbappe dan Neymar termasuk Angel Di Maria, yang digantung perlawanan semalam berupaya menyasarkan kemenangan dalam kejohanan yang tidak pernah dimenangi oleh Paris SG.

Skuad City, Guardiola, kini berada di belakang Paris SG, dan Club Brugge dalam kumpulan Liga Juara-Juara akan berkunjung ke pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool hujung minggu ini. – AFP