Tiada cukai baharu dalam Bajet 2022

MIDF Amanah Investment Bank Bhd

KUALA LUMPUR: Cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, MIDF Research yakin bahawa tiada cukai baharu akan diperkenalkan dalam Bajet 2022 susulan pandemik Covid-19 yang masih berlanjutan.

Ia menjelaskan bagaima- napun, kerajaan mungkin perlu menambah pinjaman untuk membiayai defisit fiskal yang semakin lebar, dengan dijangka meningkat kepada 6.5 hingga 7.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021, berbanding 6.0 peratus yang diunjurkan sebelum ini.

Ahli Ekonomi MIDF Re- search, Abdul Mui’zz Morhalim berkata, pihaknya berpan- dangan kini bukan masa yang sesuai untuk kerajaan memperkenalkan sebarang cukai baharu pada 2022.

Beliau berkata, ini kerana masih wujud ketidaktentuan yang membelenggu situasi Covid-19 di peringkat domestik dan global, yang boleh menjejaskan kestabilan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Namun, kerajaan mungkin perlu meningkatkan pinjaman untuk membiayai defisit fiskal (yang semakin lebar). Had hutang berkanun mungkin meningkat kepada 65 peratus daripada KDNK, daripada 60 peratus pada masa ini, yang akan memberi ruang fiskal lebih besar kepada kerajaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta berkongsi harapan MIDF Research terhadap Bajet 2022 baru-baru ini.

Mengenai pengurusan fis- kal, Abdul Mui’zz berkata, pa-sukan penyelidikan menjangkakan kerajaan mengekalkan komitmen untuk menambah baik kedudukan fiskal dalam jangka pertengahan, memandangkan saiz defisit fiskal kepada KDNK mungkin dikurangkan kepada 3.5 hingga 3.0 peratus menjelang 2025 seperti yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Menurut kenyataan prabajet, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal, yang kami jangka menggalakkan disiplin fiskal dan mempertingkatkan pemerolehan dan pengurus-an hutang kerajaan.

“Ini mungkin termasuk mengkaji semula dan memperkenalkan sistem cukai ba- haru untuk meningkatkan penjanaan hasil kerajaan pa- da masa depan,” katanya.

Beliau berkata, kedudukan fiskal yang lebih baik amat penting untuk memastikan kerajaan mempunyai fleksibi-liti fiskal yang lebih besar bagi menyokong ekonomi, terutama mengurangkan kesan akibat krisis ekonomi akan da- tang. – Bernama