Qatar lakukan penerbangan evakuasi kelima

PESAWAT yang digunakan untuk proses evakuasi dari Afghanistan dilihat di pangkalan udara Al Udeid, Doha,Qatar. • Foto AFP

QATAR: Proses evakuasi penduduk Afghanistan diteruskan negara luar.

Terbaharu, Qatar melakukan penerbangan evakuasi yang kelimanya, membabitkan penerbangan dari lapangan terbang antarabangsa Kabul Ke Doha.

Penerbangan itu membawa 235 orang, majoritinya warga Afghanistan.

Kesemua individu yang dievakuasi akan tinggal di kemudahan sementara dan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum meneruskan ke destinasi akhir mereka.

Penerbangan evakuasi itu dilakukan setelah pengambilalihan Taliban memegang tampuk pemerintahan Afghanistan susulan pengunduran tentera Amerika Syarikat.

Puak Taliban berjaya menawan Afghanistan sejak Ogos lalu.-AFP