Covid-19 ubah corak pendidikan negara

TELAAH ILMU…Pelajar melakukan pembelajaran dari rumah.

Aspek pendidikan merupakan satu khazanah berharga dalam menjadi asas kepada nadi pembangunan dan merubah sesuatu bangsa dan negara.

Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman, maka bolehlah dianggap bangsa atau negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab memartabatkan ketamadunan mereka.

Oleh yang demikian, sistem pendidikan beperanan penting dalam memacu perubahan apatah lagi dalam melangkaui dunia teknologi masa kini.  

Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru.

Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.

Bagaimanapun, penularan wabak koronavirus memberikan kesan yang amat ketara dalam sistem pembelajaran dan pengajaran di negara ini.

Suasana pembelajaran dalam sistem pendidikan negara telah beralih dengan berpaksikan secara dalam talian.

Susulan penularan pandemik itu kerajaan menerusi kementeriannya telah memilih kaedah pembelajaran jarak jauh untuk mengatasi cabaran itu dengan memperkukuh sokongan pada guru serta menilai semula dasar pentaksiran dan peperiksaan.

Antara kaedah bagi meneruskan interaksi pembelajaran termasuklah menerusi platform dalam talian, televisyen, radio dan pemberian bahan pendidikan untuk dibawa pulang atau dihantar ke rumah oleh pihak sekolah.

Perubahan demi perubahan yang berlaku itu khususnya dalam mendepani wabak Covid-19 turut membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita.

Jelas bahawa sistem pendidikan turut berubah bukan sahaja dengan ancaman wabak malah turut beradaptasi sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik.

Kesimpulannya, perubahan aspek tersebut amat hebat lagi pantas dan sekitarnya, alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir.

Oleh ELLIE EDWARD