JULANG NAMA SARAWAK

BUDA Anchah (kanan) dan Malvern bersama pingat perak yang telah dimenangi masing-masing di Kejuaraan Bina Badan dan Sukan Fizikal Sedunia Keli Ke-12 yang berlangsung di Arena Humo di Tashkent, Republik Uzbekistan,semalam.

DUA jaguh atlet bina badan Sarawak, Buda Anchah dan Dr Malvern Abdullah masing-masing meraih pingat perak di Kejuaraan Bina Badan dan Sukan Fizikal Sedunia Kali Ke-12 yang berlangsung di Arena Humo di Tashkent, Republik Uzbekistan, semalam.

Buda merangkul dua pingat perak melalui dua kategori iaitu Bina Badan Sehingga 70 Kilogram and Bina Badan Masters (40-49 Tahun) sehingga 80 Kilogram.

Dan Malvern pula turut meraih pingat perak bagi kategori Bina Badan sehingga 60 Kilogram, dan dalam kategori Masters beliau hanya mendapat kedudukan tempat kelima.

Untuk rekod, pemenang tiga kali gelaran dunia, Buda pernah memenangi gelaran dunia pada tahun 2013 di Budapest, Hungary, 2014 di Mumbai, India dan 2018 di Chiang Mai, Thailand.

Manakala Malvern pernah meraih tempat kedua pada tahun 2015 dan 2017 selain menduduki tempat ketiga pada tahun 2016 dalam kejohanan itu.

Selain itu, beliau pernah muncul pemenang tempat pertama Kejohanan Bina Badan Asia 2017 dan tempat kedua pada tahun 2019.

Terdahulu, kejuaraan di Tashkent telah dirasmikan pada Jumaat lepas, dan terus berlangsung sehingga 7 Oktober ini.

Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Antarabangsa (WBPF).

Oleh ADI SAFARMAN