Ronaldo catat rekod lagi

GEMBIRA SAKAN … Ronaldo meraikan jaringannya ketika Portugal menumpaskan Qatar 3-0 dalam kempen kelayakan Piala Dunia, malam kelmarin.

CRISTIANO Ronaldo mencatat rekod pada penampilan ke-181 di pentas antarabangsa dengan meledak gol ketika Portugal menewaskan tuan rumah Piala Dunia, Qatar 3-0 pada perlawanan persahabatan, malam kelmarin.

Bintang Manchester United itu mengatasi rekod Sergio Ramos yang beraksi 180 kali bersama Sepanyol selaku pemain yang melakukan penampilan terbanyak untuk negara Eropah.

Ronaldo membuka jaringan minit ke-37 sebelum Jose Fonte menambah gol kedua tiga minit selepas bersambung separuh masa kedua.

Penyerang RB Leipzig, Andre Silva melengkapkan kemenangan Portugal dengan meledak gol lewat permainan.

Portugal akan meneruskan kempen kelayakan Piala Dunia awal pagi Rabu ini apabila menanti kunjungan Luxembourg.

Mereka kini menduduki tangga kedua Kumpulan A, kurang satu mata berbanding Serbia tetapi masih kurang satu perlawanan. – AFP