Arahan PKP dipatuhi

EARL ANEK

SARIKEI: Tinjauan Utusan Sarawak dihari ke-7 perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapati masyarakat awam disini mematuhi arahan.

Premis-premis perniagaan masih ditutup dan hanya pasar raya-pasar raya dan Pasar Sentral Sarikei dibuka kepada umum.

Walau bagaimanapun, hanya segelintir gerai dalam Pasar Sentral Sarikei dibuka untuk perniagaan.

Tinjauan Utusan Sarawak di Pasar Sungai Nyelong juga mendapati tidak ramai orang awam datang membeli sayur-sayuran dan kemudiannya beredar dengan segera.

Seorang orang awam yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Teck berkata, dia datang untuk membeli barang keperluan harian seperti daging ayam dan sayur.

“Kita kena patuhi arahan PKP yang diberikan oleh kerajaan.

“Arahan ini untuk kebaikan kita dan keluarga kita. Bersama kita mengelakkan penularan Covid-19,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Sarawak di beberapa lokasi jalan mendapati anggota-anggota polis dan polis trafik masih berkawal dan fokus dengan tugas mereka.

Kesimpulan yang pasti dari tinjauan ini ialah masyarakat awam di Sarikei memberi kerjasama yang baik dalam mengekang penularan Covid-19.