Menara Abbco di UAE terbakar

BANGUNAN Menara Abbco setinggi 48 tingkat itu terbakar kira-kira 9.00 malam waktu tempatan (1700 GMT).

DUBAI: Beberapa orang cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah menara kediaman di Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa malam, lapor agensi berita Xinhua, memetik media tempatan.

Bangunan Menara Abbco setinggi 48 tingkat itu terbakar kira-kira 9.00 malam waktu tempatan (1700 GMT). 

Anggota bomba mengarahkan bangunan itu dikosongkan. Punca kejadian belum dapat dipastikan.-Bernama