Tawar 5,000 euro kepada pekerja lengkap vaksinasi

VAKSINASI. .. Tawaran dibuat terutama semasa Krismas yang menajdi musim paling sibuk bagi syairkat tersebut• Foto AFP

JERMAN: Sebuah syarikat pemborong dalam talian Jerman, Boettcher menawarkan bonus sebanyak 5,000 euro kepada mana-mana 550 pekerjanya yang boleh menunjukkan rekod vaksinasi lengkap menjelang akhir tahun.

Ahli lembaga pengarahnya, Danilo Frasiak berkata, syarikat itu berharap insentif kewangan akan menghasilkan perlindungan yang lebih besar terhadap Covid-19 buat pekerjanya.

Tawaran dibuat terutama semasa Krismas yang menjadi musim dan waktu yang paling sibuk bagi syarikat tersebut.

“Semua pekerja yang tunjukkan bukti vaksinasi lengkap pada awal tahun depan akan mendapat bonus 5,000 euro (kira-kira RM23,780).

“Walaupun mereka baru divaksinasi hari ini, mereka juga akan menerima 5,000 euro, dan mereka yang akan mendapat vaksin nanti juga akan mendapat bonus 5,000 euro,” kata Frasiak.

Syarikat yang menjual barangan pejabat itu berkata walaupun vaksinasi kekal sebagai keputusan peribadi setiap individu, namun pihaknya mahu pekerja memikirkan perkara itu secara mendalam.

Boettcher yang berpangkalan di Thuringia merupakan salah sebuah negeri yang mencatatkan angka jangkitan tertinggi di Jerman.-AFP

Pic cap

Semua pekerja yang tunjukkan bukti vaksinasi lengkap pada awal tahun depan akan mendapat bonus 5,000 euro (kira-kira RM23,780)-AFP