120 penduduk rumah panjang terima suntikan dos penggalak

BERJALAN LANCAR… Senator Robert Lau Hui Yew meninjau program pemberian suntikan dos penggalak di SK Nanga Tutus.

SIBU:Seramai 120 penduduk dari 10 rumah panjang di Nanga Tutus, Batang Igan menerima suntikan dos penggalak.

Pemberian dos penggalak tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Tutus, telah dijalankan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu.

Program tersebut telah dianjurkan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau Hui Yew.

Selain itu, Senator Lau turut menganjurkan program pemberian vaksin pertama dan kedua di lokasi yang sama pada Julai dan awal Ogos lalu.

Pada hari ini (19 November), program yang sama juga akan dianjurkan di Rantau Panjang. Sehubungan itu, mereka yang layak adalah dijemput untuk hadir ke program tersebut untuk mendapatkan dos penggalak.