Pistol terjatuh ‘tidak sengaja’ cetus panik

TANGKAP layar video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan keadaan panik di Lapangan Terbang Antarabangsa di Atlanta selepas sepucuk pistol yang ditemui di dalam beg dan terjatuh di pusat pemeriksaan X-Ray di lapangan terbang itu di Amerika Syarikat.

WASHINGTON: Sepucuk pistol yang terlepas secara tidak sengaja selepas ditemui di pusat pemeriksaan X-Ray di lapangan terbang antarabangsa yang sibuk di Atlanta, menyebabkan berpuluh-puluh penumpang bergegas mencari perlindungan dan menyebabkan kemudahan itu ditutup pada Sabtu lalu hanya beberapa hari sebelum cuti ‘Thanksgiving’.

Episod itu yang menonjolkan topik kelaziman politik senjata api dalam masyarakat Amerika Syarikat (AS) mengakibatkan tiga kecederaan yang tidak mengancam nyawa, menurut Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA).

TSA berkata, kejadian itu berlaku selepas ‘barang larangan’ dikenal pasti di dalam bagasi penumpang dikesan oleh mesin X-Ray di pusat pemeriksaan.

Semasa Pegawai Keselamatan Pengangkutan membuka beg yang mengandungi pistol itu, pemilik beg itu menerjah sebelum cuba meraih senjata api dan dilepaskan.

“Penumpang kemudian melarikan diri dari kawasan itu, berlari keluar dari pintu keluar lapangan terbang,” kata TSA, sambil menambah bahawa pegawai memberitahu penumpang itu untuk tidak menyentuh pistol itu, tetapi tiada perincian didedahkan.

Jurucakap lapangan terbang itu berkata, pihak berkuasa mengetahui individu itu dan maklumat itu masih diberikan.

Tidak lama selepas kejadian itu, lapangan terbang mengatakan dalam ciapan di Twitter bahawa tidak ada penembak aktif sambil dan memberitahu terdapat pistol terjatuh tidak sengaja di lapangan terbang.

Tambah kenyataan itu, tidak ada bahaya kepada penumpang atau pekerja dan siasatan sedang dijalankan.

Terdahulu, kejadian itu berlaku sekitar 1.30 petang dan polis Atlanta memberi penjelasan sepenuhnya pada 3.20 petang serta penumpang telah disaring semula.

Sejak awal tahun ini, TSA telah mengesan lebih daripada 450 senjata api di pusat pemeriksaan di Lapangan Terbang Atlanta sahaja.

Undang-undang Georgia yang kontroversi diluluskan pada 2014 membenarkan orang ramai membawa senjata api ke lapangan terbang walaupun tidak melepasi pusat pemeriksaan selain turut dibenarkan dibawa ke bar, sekolah dan gereja.

Bagaimanapun, ia adalah menyalahi undang-undang di bawah Undang-Undang Persekutuan untuk membawa senjata ke dalam kawasan pemeriksaan TSA.

Penumpang boleh mengembara dengan senjata api dan disimpan di dalam beg berdaftar apabila ia dipunggah, dikunci dan disimpan di dalam bekas yang selamat serta wajib diisytihar. -AFP